MasterGreetings.com

Friday, August 13, 2010

Friday, April 2, 2010

Perginya seorang pelawak tersohor




ALFATIHAH Buat Din Beramboi, semoga roh beliau diletakkan ditempat yang tinggi di sisi Allah.

Saturday, March 6, 2010

Friday, March 5, 2010

Apakah No Tel Anda....

Langkah 1:Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)
Langkah 2:Kali dengan 80 ( X 80)
Langkah 3:Tambah dengan 1 ( + 1)
Langkah 4:Kali dengan 250 ( X 250)
Langkah 5:Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
Langkah 6:Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
Langkah 7:tolak dengan 250(- 250)
Langkah 8:Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah no Tel Bimbit anda?

Betul tak....

Monday, March 1, 2010

Click here to get more from MasterGreetings.com

20 Fakta Menarik Tentang Islam

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Wednesday, February 24, 2010

Saturday, February 20, 2010

Shopping kasut

Semlm Jumaat lepas balik kerja pergi kedai K3 ade buat sale. Since anak2 ni nak kasut beli gak, sebab memang murah. Satu kasut discount 50%,lepas tu free lagi satu kasut.Apelagi borong gak lah.
lepas borong kasut ,lapar le pulak . then , kitorang serbu lah KFC ;DD

YUMMMM YUMMMMMM ;p

Friday, February 19, 2010

Renungan dan kata-kata Hikmah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA mengujimu,
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH
dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA.

Renungan
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasna ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah rasullulah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterimya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Petua untuk khusyuk solat
1. Sentiasa menghadirkan hati menyakini kebesaran dan kekuasaan Allah
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang
sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada
luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara jemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis, begitu juga
dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh
melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun televisyen
atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu
menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada
Allah.
10.Membuang air besar dan kecil terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian.
Ini kerana orang yang bersolat dalam keadaan buang air kecil dan buang air besar
tidak akan memperoleh kekusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar dan terlalu kenyang kerana orang yang lapar
hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga orang yang terlalu kenyang berada dalam
keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa
khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan solat.

Wednesday, February 17, 2010

aktiviti cuti raye cina

bwak yuni dan sarah pg swimming pool kat kompleks nusa mutiara
lapar lps berenang


mata merah lps mandi




buat biskut kacang



buat brownies

Saturday, February 13, 2010

Yezzzzzzzzzzzzzz..... cuti panjang. Bestnya hari rabu baru naik kerja. Nak kemana ye? Nak balik kampung budget x de. Window shopping jelah nampaknya. Budak2 ajak pergi berkelah nak berkelah kat pantai mana. Desaru, tanjung leman, tanjung balau.... tgh fikir ni. Nak fikir masak apa nak bawak bekal. Nasi lemak, sandwich, ....pening gak.

Apa2pun cuti2 ni nak rehat2 kan badan dan nak masak sedap2.

Click here to get more from MasterGreetings.com

Muhasabah cinta

Monday, January 25, 2010

Crazy week

Click here to get more from MasterGreetings.com

Terlanggar anjing

Tadi masa on the way nak kerja, aku terlanggar seekor anjing, mungkin dalam usia remaja, x besar dan x kecik, aku memang x leh nak elak pasal dia lintas jalan betul2 aku dah dekat. Kalau aku emergency break, for sure kereta belakang hentam aku.

Aku x tahu nasib anjing tu, tapi aku dengar dia meraung kesakitan, hopefully dia x mati. Kat leher dia ade pakai tag, mesti ade owner. Balik nanti nak lalu kat tempat tu, dan tengok anjing tu ade kat situ x.

Tapi dah 15tahun aku drive, dan this is the first time aku langgar binatang. Memang menggigillah satu badan, sampai sekarang ni, tangan masih mengeletar.

Aduh, memang seriaulah. Boleh ke aku doakan anjing tu selamat? Kalau kucing dah lama aku bawak gi hospital, amik emergency leave. Memang aku x leh nak elak sebab sebelah jalan ade kereta, belakang ade kereta. Ishhhh............................. :(

Another sad day for me......... :(:(:(

Click here to get more from MasterGreetings.com

Wednesday, January 20, 2010

Makan Luar

Hari ini makan luar sebab hubby esok baru balik. Ade kerja kat luar. So apa lagi kami anak beranak pun berkampung kat restoran ni. Nama restoran tu "Warung Member". 1st time makan kat sini.


Set makanan Yuni, nasi putih, tomyam campur dan milo ais.



Sedapnya.... Yum....Yum....


Kakak snap gmbr sendiri.
Makanan dah habis, ABC tu




Tuesday, January 19, 2010

Awsome cakes



wish i could make this cake myself :)

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a..w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Friday, January 15, 2010

video unik dan kelakar

Facebook




Ni nak cite pasal facebook, orang melayu kata mukabuku@bukumuka....:). Anyway, bila orang sibuk dgn facebook, aku pun ikut join gak. Sebab orang kata dapat ramai kawan. Mula-mula tu adlah "add" 2 ..3.. orang. Tapi more tu baca comment org. Lepas tu, tgk orang main games kat situ, farmville...petville.....fishville..... . Aku pun ape lagi join gak lah, mula2 tu stick to 1 game, fishville, setiap jam bagi makan, jual, beli, bersihkan akuarium, sibuk bersihkan orang lain punya, nak colect point byk2. Lepas tu lama2 bosan gak, then join pulak farmville, zoo apetah, tapi ade satu ni buat aku betul2 addicted, Cafe World, memang x leh nak lepa, setiap saat mesti nak adap benda tu, tak kat rumah, kat office (time bos x delah). Sebab main ni perasaan tension ade (time food spoil, makanan habis, nak tunggu mknan siap), happy dan teruja pun ade (bila customer ramai, dapat gift, mknan siap, dpt next level) dan seronok dapat shopping he....he... he....

Aku akan cuba sedaya upaya untuk stick to this game aje, x nak pg game lain w/pun hati nak cuba. Sebab x nak addict mcm Cafe World tu. Hish..... boleh meroyan .....



Wednesday, January 13, 2010

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
· Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.

Siapalah kita tanpa mereka




Hari ini (13/1) baca kat Harian Metro, ayah dibuang anak kerana takutkan bini. WTF??????
Sori lah emo sikit, takan anak tu x de otak nak fikir, anak tu belum akhil baligh ke? Tak pernah fikir ke jasa bapak dia besarkan dia kecik sampai besar?

Dulu akupun pernah remaja gak, ayah aku tegur skit je, aku melawanlah, buat x retilah, biasalah masa tu kita fikir kita je yang betul, keluarga kita adalah kawan-kawan kita, rumah kita tu kat shopping complex, lepak kat mana2 tah. Tapi tu dulu, sekarang bila dah berkeluarga, baru kita terbukak minda dan hati kita, dan bayangkan apa yang kita dan buat pada parents kita. Sebab tu sekarang ni, parents aku is one of my priority, aku cuba sedaya upaya aku untuk sentiasa buat my parent happy. Bukan dari segi kewangan je, (walaupun akupun sentiasa kering gak), tapi dari sudut lain mcm emosi diorang, call diaorang walaupun jauh, tau lah orang tua ni makin lama makin sensitive. Sebab diaorang ni x nak apa2 dari kita, cuma mereka nak kita prihatin dan ingat kat mereka je. Apa pun satu hari, kita pun akan jadi macam tu gak.

Dan aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang tidak pernah cuba untuk membataskan perhubungan aku dengan parent aku, malah sentiasa mengingatkan aku jika aku "terlupa" untuk "ingat" kat parent aku.

Untuk ayah dan mak kat kampung, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan mak dunia dan akhirat, dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga kesalahan saya dimasa lalu, diampunkan mereka.

Tuesday, January 12, 2010

Umat Akhir Zaman

Pada suatu hari, Saiyidina Ali r.a mencari Baginda Rasul dan puas dia pergi ketempat-tempat yang boleh bertemu Rasullullah s.a.w. tetapi tidak diketemunya juga. Akhirnya Saiyidina Ali teringat sebuah gua dimana Rasullullah s.a.w.sering menyendiri...
Di sana diberi salam dan salamnya dijawab oleh Rasullullah s.a.w., lalu dijemput masuk. Ditemui akan Saiyidina Ali r.a Rasulullah s.a.w. didalam keadaan yang amat sedih. Maka ditanya Saiyidina Ali r.a, apakah punca yang menyebabkan Baginda begitu bersedih. Baginda terlalu hiba untuk menjawab tetapi mengisyaratkan Saiyidina Ali r.a melihat dihujung gua itu, dan agar memberitahu Rasulullah apa yang dilihatnya.
Saiyidina Ali pun berjalan ke hujung gua, dan di dapatinya seekor merak yang tersangat cantik, bulunya berkilat-kilat tetapi alangkah buruknya perangainya yang sedang asyik memakan bangkai. Saiyidina Ali r.a cepat-cepat beredar mendapati Rasulullah dan menceritakan apa yang telah dilihatnya.
Sabda Rasullullah, "itulah yang amat menyedihkan aku; yang engkau lihat tadi ialah umat ku di akhir zaman, mereka hidup di dalam serba kemewahanberbanding dengan kita, rumah besar dan cantik, mereka mewah dengan pakaian dan harta tetapi mereka ibarat merak yang suka memakan bangkai...mereka menyeru kepada yang mungkar, dan melarang kebaikan, mereka hidup dengan rezki yang haram, sehingga yang baik dia terima sebagai buruk, dan yang buruk dianggap baik. Begitulah rendahnya iman mereka. Kemudian Baginda mengarahkan Saiyidina Ali r.a. pergi ke hujung yang bertentangan pula.
Maka Saiyidina Ali r.a pun beredar ke hujung gua sebelah sana, dan beliau mendapati seorang abid yang duduk dengan penuh khusyu' beribadah dan tidak menghiraukan sekelilingnya. Beliau dengan segera mendapatkan Rasulullah s.a.w. untk bertanyakan maksud yang dilihatnya tadi. Sabda Rasulullah s.a.w., " bukan semua umat ku diakhir zaman hidup dengan mewah dan melupakan Allah; ada juga yang menghabiskan usianya semata-mata dengan beribadah kepada Allah, seolah-olah menghendaki syurga itu hanya menjadi miliknya sahaja. Ia tidak menyampaikan seruan Islam kepada semua, walaupun ia telah dikurniakan ilmu oleh Allah.
Wassalam

Monday, January 11, 2010

Sunday, January 10, 2010

WAQINA `AZA BANNAR....PERIHAL BATU KE NERAKA

Rasullullah dan sahabat satu hari duduk dlm suasana berilmiah dan diredhai Allah (majlis ilmu) ..tiba2 terdengar satu bunyi bergegar, sahabat bertanya bunyi apakah tu?
Rasul bertanya tahukah kamu bunyi apa tu? Sahabat tidak tahu dan tenggelam dlm kemesteriusan...
Rasul berkata, itulah gegaran bunyi batu yg dikirim Allah ke neraka Jahannam sejak 70 puluh tahun yg lalu dan skrg baru sampai kedasarnya.......(Nabi pun tidak tahu bunyi apa pd mulanya tp kemudian Jibril yg membagitau bunyi itu adalah bunyi hentaman batu yg baru jatuh ke dasar neraka Jahannam kepada Rasulnya yg Mulia..subhanallah..)
Jibril pernah memberitahu Nabi Malaikat Mikail tidak pernah tertawa sejak neraka diciptakan.

Hebatnya Rindu Rasulullah saw Terhadap Kita Semua

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya. Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu? 'Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku' Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.
''Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'' Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..

Saturday, January 9, 2010

MasterGreetings.com

Tugasan dari Ayunni

kakak dan ibu gigih buat jadual waktu sek adik , adik malas bace buku :D









AKHIRNYAA , siap jua :) adek nangis kene marah dengan abah ;)

Friday, January 8, 2010


Pembuka pintu rezeki..insya Allah




Rasulullah SAW pernah bersabda : "Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )"........... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...



Berdasarkan Hadith Nabi SAW :" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.

"Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)-

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT-

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2yang banyak menolong kita

(berdoa perlu benar2 bersungguh2) -

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... ..

Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah berusaha dan bertawakal.. ...insyAllah ,rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar.

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,

waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam,

dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."

(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Tuesday, January 5, 2010




5 Perkara dan Jawapannya

Aku Mencari Keberkatan Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA

Aku Mencari Penerang Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM

Aku Mencari Jawapan Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN

Aku Mencari Alat Untuk Berpegang Ketika Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH

Aku Mencari Naungan Arasy,
Aku Mendapatinya Dalam
MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA

Monday, January 4, 2010

Happy 40th & 7th birthday










Kek Istimewa -
4th January - Abah
14th December - Ayunni












Abah dan adik saling meniup dan suap menyuap kek.



TUKANG SIBUK














UNTUK SUAMIKU DAN ANAKKU,

DIDOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK
DAN DIMURAHKAN REZEKI SEPANJANG HAYAT.
AMIN.