MasterGreetings.com

Wednesday, January 13, 2010

Siapalah kita tanpa mereka




Hari ini (13/1) baca kat Harian Metro, ayah dibuang anak kerana takutkan bini. WTF??????
Sori lah emo sikit, takan anak tu x de otak nak fikir, anak tu belum akhil baligh ke? Tak pernah fikir ke jasa bapak dia besarkan dia kecik sampai besar?

Dulu akupun pernah remaja gak, ayah aku tegur skit je, aku melawanlah, buat x retilah, biasalah masa tu kita fikir kita je yang betul, keluarga kita adalah kawan-kawan kita, rumah kita tu kat shopping complex, lepak kat mana2 tah. Tapi tu dulu, sekarang bila dah berkeluarga, baru kita terbukak minda dan hati kita, dan bayangkan apa yang kita dan buat pada parents kita. Sebab tu sekarang ni, parents aku is one of my priority, aku cuba sedaya upaya aku untuk sentiasa buat my parent happy. Bukan dari segi kewangan je, (walaupun akupun sentiasa kering gak), tapi dari sudut lain mcm emosi diorang, call diaorang walaupun jauh, tau lah orang tua ni makin lama makin sensitive. Sebab diaorang ni x nak apa2 dari kita, cuma mereka nak kita prihatin dan ingat kat mereka je. Apa pun satu hari, kita pun akan jadi macam tu gak.

Dan aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang tidak pernah cuba untuk membataskan perhubungan aku dengan parent aku, malah sentiasa mengingatkan aku jika aku "terlupa" untuk "ingat" kat parent aku.

Untuk ayah dan mak kat kampung, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan mak dunia dan akhirat, dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga kesalahan saya dimasa lalu, diampunkan mereka.