MasterGreetings.com

Friday, February 19, 2010

Renungan dan kata-kata Hikmah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka Dia menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA mengujimu,
Bila DIA tidak memakbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH
dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA.

Renungan
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasna ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah rasullulah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterimya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Petua untuk khusyuk solat
1. Sentiasa menghadirkan hati menyakini kebesaran dan kekuasaan Allah
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang
sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada
luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara jemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis, begitu juga
dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh
melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun televisyen
atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu
menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada
Allah.
10.Membuang air besar dan kecil terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian.
Ini kerana orang yang bersolat dalam keadaan buang air kecil dan buang air besar
tidak akan memperoleh kekusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar dan terlalu kenyang kerana orang yang lapar
hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga orang yang terlalu kenyang berada dalam
keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa
khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan solat.