MasterGreetings.com

Thursday, December 24, 2009

Ya Allah,
Aku bersyukur kepada-Mu kerana
Kau telah menyedarkan aku dari kealpaanku
Kau telah menyedarkan aku tentang cintaku kepada dunia

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak pernah membiarkan
umat-Mu terus hanyut dalam dunia khayalan
Aku amat-amat bersyukur kerana
tidak hanyut terlalu lama
tapi aku takut Ya Allah

Ya Allah
Kau ampunilah aku
manusia yang sentiasa melakukan dosa-dosa
Janganlah Engkau pesongkan kiblatku
Dan jangan Engkau palingkan wajahMu
dariku

Aku amat-amat memerlukan
hidayah dan petunjuk dari Mu
untuk aku terus menyusuri
sisa-sia hidupku ini di dunia
yang penuh dengan dugaan dan cubaan ini

Ya Allah
Lindungilah aku setiap sudut dan setiap waktu
TanpaMu aku hilang arah
TanpaMu aku akan jadi keliru

Ya Allah
Ampunilah aku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
dan Maha Menyayangi
dan Engkau jua adalah Perancang yang hebat