MasterGreetings.com

Thursday, December 31, 2009

2010

2010 datang untuk menetap di sini
dan 2009 pergi untuk selamanya.
Selamat datang 2010,
kau hadir dengan penuh rahsia untuk diungkaikan
satu persatu untuk dijadikan teladan
untuk dijadikan sempadan
Apa yang pasti semua itu harus ditempuhi
tanpa dapat dielakkan
tanpa dapat disembunyikan
tanpa dapat melarikan diri
Apa yang pasti kau akan memberi kejutan
Kau akan memberi kebahagian
Kau akan membawa derita dan
Kau akan membawa kesengsaraan
Apa yang pasti
Sebagai Umat Muhammad s.a.w
setiap apa jua yang datang
harus diterima dengan keredhaan
harus diterima dengan kesyukuraan
harus diterima dengan keinsafan dan
harus diterima bahawa
Allah jualah yang kekal dan abadi

Selamat Tinggal 2009
Kau melabuhkan tiraimu
dengan penuh suka dan duka
yang engkau tinggal
untuk buat iktibar dan teladan
Tapi ada juga manusia yang angkuh dan bongkak
Hanyut dengan nafsu serakah
Tanpa mengenal dosa dan pahala

Selamat tinggal 2009
Untuk apa lagi ditoleh kebelakang
sedangkan cabaran yang lebih besar menanti dihadapan
Apa yang pasti 2009
kau hadir dan pergi dengan izin-Nya jua.
Hanya Dia yang kekal
Hanya Dia perancang yang hebat
Hanya Dia yang mengetahui
segala rahsia 7 petala langit dan bumi