MasterGreetings.com

Friday, November 20, 2009

Tahniah, NUR MAISARAH FATHINAH


Semalam keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, alhamdullillah anak aku, Sarah mendapat 5A, happy sangat2. Tak sangka usaha dan penat lelah hantar ke tuisyen, w/pun badan penat macam nak pengsan, berbaloi akhirnya. Aku hadiah sebuah handphone sony ericson untuk dia, sebab mula2 nak bawak pergi Disneyland kat Hong Kong, tapi overbudget. Ingat nak bawak dia pergi Bali je. Tengok lah dulu.


Sarah, ibu doakan agar kejayaan ini tidak terhenti di sini sahaja, semoga ia menjadi batu loncatan untuk terus berjaya di dalam PMR dan seterusnya SPM.


Terima kasih anakku kerana membuatkan aku bangga menjadi seorang ibu, setelah bermacam dugaan ku terima sepanjang membesarkan kamu tiga beradik.


Tuhan,

Aku bersyukur dan berterima kasih kerana telah memakbulkan doaku. Hanya Engkaulah tempat aku yang lemah ini bermohon dan sembah.