Genap sebulan usia perkenalan
kau berjanji untuk terus kekal bersahabat
dan aku pegang akan janji-janji mu
Tapi akhirnya kau yang menghilang
tanpa khabar berita
Aku anggap engkau telah tiada
dan tidak mahu meneruskan
tali persahabatan ini.....
Aku amat sedih dengan perpisahan ini
Tapi aku tahu apa yang aku ada
adalah lebih baik dari
mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
Aku cuma ingin mengucapkan
SELAMAT TINGGAL
buat sahabatku yang jauh
yang tidak pernah ku sua
hanya telefon penyambung bicara
Semoga berbahagia dengan kehidupanmu
Selamat tinggal sahabatku