MasterGreetings.com

Thursday, December 31, 2009


2010

2010 datang untuk menetap di sini
dan 2009 pergi untuk selamanya.
Selamat datang 2010,
kau hadir dengan penuh rahsia untuk diungkaikan
satu persatu untuk dijadikan teladan
untuk dijadikan sempadan
Apa yang pasti semua itu harus ditempuhi
tanpa dapat dielakkan
tanpa dapat disembunyikan
tanpa dapat melarikan diri
Apa yang pasti kau akan memberi kejutan
Kau akan memberi kebahagian
Kau akan membawa derita dan
Kau akan membawa kesengsaraan
Apa yang pasti
Sebagai Umat Muhammad s.a.w
setiap apa jua yang datang
harus diterima dengan keredhaan
harus diterima dengan kesyukuraan
harus diterima dengan keinsafan dan
harus diterima bahawa
Allah jualah yang kekal dan abadi

Selamat Tinggal 2009
Kau melabuhkan tiraimu
dengan penuh suka dan duka
yang engkau tinggal
untuk buat iktibar dan teladan
Tapi ada juga manusia yang angkuh dan bongkak
Hanyut dengan nafsu serakah
Tanpa mengenal dosa dan pahala

Selamat tinggal 2009
Untuk apa lagi ditoleh kebelakang
sedangkan cabaran yang lebih besar menanti dihadapan
Apa yang pasti 2009
kau hadir dan pergi dengan izin-Nya jua.
Hanya Dia yang kekal
Hanya Dia perancang yang hebat
Hanya Dia yang mengetahui
segala rahsia 7 petala langit dan bumi

Monday, December 28, 2009


6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

1. "Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

3. Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yangdikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakankeinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untukmembelinya.

5. Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising

19 kelebihan wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikapbertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilanibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selamamana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurgamana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Miracle of Al Quran

MasterGreetings.com

Fadhilat Ayat Kursi

  • Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
  • Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah saw.. dengan segera memerintahkan Zaid btsabit menulis serta menyebarkannya.
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah swt.
  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah swt.
  • Syeikh Abu Abbas ra ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali laluditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah.. Allah swt akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah swt hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  • "Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah swt memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah swt sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah swt daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah swt, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatanketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itueloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  • Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah swt mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah swt memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah swt menganugerahkan dia hati2 orang yang bersyukur perbuatan orang2 yangbenar, pahala nabi2 juga Allah swt melimpahkan padanya rahmat.
  • Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya.
  • Dari Abdullah ibnu ' Amr r.a... , Rasullullah saw bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Mutiara Kata

Bismillahirrahmannirrahim
.
Hayatilah kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani agar sentiasa bersangka baik sesama insan.
.
Jika engkau bertemu dengan seseorang
.
Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"
.
Jika engkau bertemu dengan anak kecil
.
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"
.
Jika engkau bertemu dengan orangtua
.
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"
.
Jika engkau bertemu dengan orang yang berilmu
.
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku"
.
Jika engkau bertemu dengan seorang yang bodoh
.
Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"
.
Jika engkau bertemu dengan orang kafir
.
Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"
.
Wallahualam

Friday, December 25, 2009

Jangan...Jangan...Jangan.....






  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.

Rahsia Memotong Kuku


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Asalnya dah dengar dari kaunselor..semasa tazkirah pagi di tapak perhimpunan..cuma mendengar dan dengan kesibukan terus lupa...Tapi Alhamdulillah..,terjumpa jgk dlm satu website..
So... sedikit ilmu utk dikongsi bersama.. :)

Selain itu..memotong kuku ada tertibnya..



Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

english is cuh-ray-zee by Peter Seeger

There's no egg in eggplant,
no pine or apple in pineapple.
Quicksand works slowly;
boxing rings are square.
A writer writes, but do fingers fing?
Hammers don't ham,
grocers don't groce.
English is cuh-ray-zee!

If the plural of tooth is teeth,
shouldn't the plural of
booth be beeth?
It's one goose, two geese.
Why not one moose,
two meese?
The plural of index is indices;
should it be one Kleenex, two Kleenices?
English is cuh-ray-zee!

You can make amends,
but not just one amend.
If you have a bunch of odds and ends
and get rid of all but one,
is it an odd or an end?
If the teacher taught, why isn't it true that
a preacher praught?
And if a vegetarian eats vegetables,
what does a humanitarian eat?
English is cuh-ray-zee!

Why is it that night falls but never
breaks and
day breaks but never falls?
In what other language do people
drive on the parkway
and park on the driveway?
Ship by truck but send
cargo by ship?
Recite at a play but play
at a recital?
Have noses that run and
feet that smell?
English is cuh-ray-zee!

How can a slim chance and a fat
chance be the same
When a wise man and a wise guy
are very different?
To overlook something
and to oversee
something are very different,
But quite a lot and quite
a few are the same.
How can the weather be hot
as hell one day
and cold as hell the next?
English is cuh-ray-zee!

myspace layout codes

Andai jiwa kosong
Akal jadi bingung
Andai jiwa kosong
Hati mengelamun

Andai ingat Allah
Akal jadi cerah
Andai ingat Allah
Hati sentiasa ‘farah’

Andai tarbiyyah berjalan
Akal sentiasa berhaluan
Andai tarbiyyah berjalan
Amal ikut panduan

Andai Al-quran didampingi
Akal rasa terisi
Andai Al-Quran difahami
Hati makin suci

Andai sentiasa berdakwah
Masa sentiasa terarah
Andai buat berdakwah
Makin terasa manisnya ukhuwwah

Ya-Allah..
Berilah kekuatan pada diri ni …
Untuk sentiasa mengingatiMU, mendampingi Al-quran & terus dijalan dakwah & tarbiyyah ….
“ Allah is enough for me…” – Insya-Allah…
- Ummu _ Muhammad-

Thursday, December 24, 2009

























Ya Allah! Engkau tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

Berhenti mencintai

Seharusnya aku pergi saat kau tolak aku
seharusnya ku tidak disini lagi
menanti ucapan cinta.. itu takan mungkin
Aku bertahan di sini..... biar kau terbiasa dekat denganku...
Biar kau rasa cintaku
Biar kau tahu erti hadirku
Aku takut patah hati, aku takut jauh darimu
Melupakanmu... membunuh cintaku
Tahukah kamu perkataanmu melukai dinding hatiku
Berteman itu indah.... dan hatiku takan setuju
Yang aku ingin hanya menatapmu, mendengar ceritamu
Aku ingin menangis bersamamu
ketawa denganmu... berbagi hati selamanya
Beri aku penjelasan ... apa erti semua ini
Kau beri ku puji, buat aku tinggi
Kau beri harapan seperti indah
Namun kenyataannya tak semanis inginku
Salahku terlanjur ingin semua yang ada dalam dirimu
Salahku terlalu berkhayal indah tentangmu
Sebelum cinta itu hina....semampunya ku harus rela
Berhenti merinduimu dan membunuh rasa ini
Mohon ajar aku cara melupakanmu
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu
Aku mohon jangan datang lagi dalam kehidupanku
Bukan ku membenci
Tapi aku telah disakiti olehmu...

Ya Allah,
Aku bersyukur kepada-Mu kerana
Kau telah menyedarkan aku dari kealpaanku
Kau telah menyedarkan aku tentang cintaku kepada dunia

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak pernah membiarkan
umat-Mu terus hanyut dalam dunia khayalan
Aku amat-amat bersyukur kerana
tidak hanyut terlalu lama
tapi aku takut Ya Allah

Ya Allah
Kau ampunilah aku
manusia yang sentiasa melakukan dosa-dosa
Janganlah Engkau pesongkan kiblatku
Dan jangan Engkau palingkan wajahMu
dariku

Aku amat-amat memerlukan
hidayah dan petunjuk dari Mu
untuk aku terus menyusuri
sisa-sia hidupku ini di dunia
yang penuh dengan dugaan dan cubaan ini

Ya Allah
Lindungilah aku setiap sudut dan setiap waktu
TanpaMu aku hilang arah
TanpaMu aku akan jadi keliru

Ya Allah
Ampunilah aku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
dan Maha Menyayangi
dan Engkau jua adalah Perancang yang hebat
Kalau saya jadi SQUIDWARD,
saya akan buli awak,
Jika ditakdirkan saya jadi MR. CRAB,
Saya akan kikis semua harta awak,
dan bila saya jadi PATRICK,
saya selalu buat awak tension,
tapi saya tak nak jadi
SQUIDWARD, MR. CRAB atau PATRICK,
kerana saya nak jadi SPONGEBOB,
yang selalu setia dan sayang pada sahabatnya.


Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja

berkemungkinan ia akan menjadi

KEBENCIANmu pada suatu ketika

bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja

berkemungkinan ia akan menjadi

KECINTAANmu pada suatu ketika